PENGUMUMAM TERKINI

MAKLUMAN TERKINI...PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2021 DIBUKA

Tuesday, October 27, 2015

Majlis Penyampaian Alat Tulis Kepada Calon SPM 2015

26 Okt- Sempena menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malayssia (SPM) bagi pelajar tingkatan Maahad Al Islah, YB Dato Zainol Fadzi b Paharudin ADUN bagi Kawasan Sg. Manik merangkap Majlis Mesyuarat Negeri Perak telah menyampaikan sumbangan berbentuk alat tulis kepada Calon SPM seramai 47 orang bagi tahun 2015. Sumbangan alat tulis ini mampu membantu calon SPM bagi bersedia bagi menjawab soalan peperiksaan yang dihadapi. 
BITTAUFIQ WAN NAJAH.



Saturday, October 24, 2015

Program Kempen Kesedaran Dan Keselamatan Elektrik 23.10.15

23 Okt- Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) Negeri Perak telah menganjurkan Kempen Kesedaran dan Keselamatan Elektrik bertempat di Sekolah Maahad Al Islah. Sasaran Utama Kempen Kesedaran ini ialah pelajar tingkatan 1 hingga 5 serta guru-guru dan Staf Maahad Al Islah. Turut hadir tetamu dari TNB dan ST ialahTn Hj Mohd Nor b Othman (Pengarah Suruhanjaya Tenaga Nasional Berhad Perak), En. Ir Bakri b Zamri (Pengurus Kawasan, Bahagian pembahagian TNB Teluk Intan).Taklimat Keselamatan Elektrik disampaikan oleh Tuan Haji Zakaria . Manakala, taklimat Kesedaran Elektrik pula disampaikan oleh En. Hasanol. Sepanjang Program Anjuran bersama daripada TNB, ST dan Maahad Al Islah ini telah berjaya memberi sedikit sebanyak ilmu mengenai Keselamatan dan Kesedaran Elektrik terhadap warga Maahad Al Islah.

                                                                        Gambar Aktiviti









Friday, October 23, 2015

JAMUAN AKHIR TAHUN ASRAMA PUTERA 16.10.2015

16 Okt-Di Arena Iman, Maahad Al Islah telah menganjurkan majlis jamuan akhir tahun buat Asrama Putera. Disamping, menghidangkan jamuan, ia turut diserikan dengan persembahan pentomen, persembahan multimedia, nasyid, penyampaian hadiah & ucapan Pengetua Maahad al Islah.






JAMUAN AKHIR TAHUN ASRAMA PUTERI 15.10.2015


15 Okt-Maahad Al Islah telah menganjurkan jamuan akhir tahun buat pelajar asrama perempuan pada tarikh tersebut. Jamuan turut diserikan dengan persembahan lakonan,nasyid, penyampaian hadiah & ucapan Pengetua Maahad al Islah. Majlis jamuan tersebut diadakan di Arena Iman Maahad Al Islah.







Friday, October 9, 2015

MAJLIS BACAAN YASIIN SEMPENA PEPERIKSAAN | 8 Oktober | Masjid Al-Islah

8 Oktober- Maahad Al-Islah mengadakan bacaan Yasiin bersempena menghadapi peperiksaan PT3, Senawi, Idadi dan SPM yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Majlis Yasiin ini turut dihadiri oleh ibu bapa pelajar, guru-guru dan pelajar asrama. Bertempat di Masjid Al-Islah bacaan Yasiin ini diketuai Ustaz Hasan b Tengku Besar(Pengerusi JPS Maahad).






Wednesday, September 9, 2015

PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2016

PENDAFTARAN SUDAH DIBUKA DAN BOLEH DIBUAT DALAM BLOG INI.

www.maahad-islah.blogspot.my/p/permohonan-secara-online_16.html

Sunday, August 30, 2015

CERAMAH KEMERDEKAAN KALI KE-58 DAN BAHAYA TPPA


27 Ogos : Maahad Al-Islah telah mengadakan program ceramah bersempena hari kemerdekaan negara kali ke-58 tahun. Ceramah kali ini diadakan bagi memperingati jasa dan pengorbanan tokoh kemerdekaan. Pelajar Maahad Al-Islah telah diberikan pendedahan mengenai usaha yang dilalui oleh pejuang kemerdekaan masa lalu amat perit sekiranya dilalui semula oleh generasi sekarang. Oleh itu, ceramah mengenai bahaya TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement ) turut disampaikan untuk mengelak Malaysia daripada terus diberi tekanan oleh orang asing. TPPA merupakan diantara masalah yang memberikan kesan yang bahaya terhadap negara sekiranya ditandatangani.







Thursday, August 20, 2015

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-58





Sepanjang Ogos 2015, Maahad Al-Islah telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bersempena menyambut kemerdekaan negara kali ke-58 bertemakan Sehati Sejiwa di peringkat kokurikulum persatuan.

       
       Aktiviti yang diadakan setiap tahun itu, disertai oleh hampir seluruh pelajar Maahad Al-Islah bagi menyemarakkan lagi jiwa kemerdekaan dan cinta akan negara itu. Aktiviti ini disertai oleh  pelajar persatuan BM, BI, BA, Geo, Sej, Mat, Sains dan Badar.




Gambar Aktiviti

                           















Wednesday, August 12, 2015

UJIAN LISAN BAGI PEPERIKSAAN PT3 TINGKATAN 3




Rabu,12 Ogos : Seluruh pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Rakyat(SMAR) Maahad Al-Islah telah menjalani ujian lisan bagi Bahasa Inggeris (BI) yang telah ditetapkan pada 12 Ogos di dewan Ar Rujhan sekolah ini. Bagaimanapun, peperiksaan bagi kali pertama PT3 telahpun dilaksanakan pada 11 Ogos bagi ujian Lisan Bahasa Melayu(BM) di tempat yang sama. Ujian Lisan PT3 ini dihadiri oleh seluruh pelajar Ting.3 Maahad ini bagi tahun 2015.

Peperiksaan PT3 dijalankan secara serentak diseluruh negara termasuk SMAR Al-Islah yang mengikuti tarikh yang ditetapkan oleh kementerian pendidikan. Peperiksaan penuh bagi ujian bertulis pula bermula pada tarikh 12 Oktober ini.

Tuesday, August 11, 2015

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2015 & MESYUARAT AGONG PIBG KE-15

Pada 26 Julai 2015, SMA Maahad Al-Islah telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-15 pada hari yang sama. Mesyuarat Agong PIBG yang diadakan itu telah dihadiri seramai 70 orang itu bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi disambut dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan oleh pihak Maahad Al-Islah.

     Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan oleh pihak Maahad Al-Islah dihadiri seramai 350 orang yang terdiri daripada pihak Maahad,wakil PIBG, Ibu bapa Pelajar dan Pelajar Maahad tersebut. Jamuan Aidilfitri yang diadakan, dihiasi dengan suasana ceria disamping disediakan dengan juadah hari raya dan berakhir dalam jam 2 petang.


Mesyuarat PIBG &
wakil PIBG



 Jamuan Hari Raya






Penyampaian bantuan Anak Yatim &
Sumbangan duit raya kepada seluruh pelajar Maahad