MAAHAD AL-ISLAH adalah sebuah Sekolah Menengah Agama Rakyat(SMAR)yang ditubuhkan pada 11 Disember 1989. Institut pendidikan ini berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak dengan nombor pendaftaran JAIPk/SMAR/TI.10/97 dan diasaskan oleh Almarhum Hj. Sulamuddin bin Hj. Mansor. Maahad Al-Islah terletak di tengah jelapang padi Sungai Manik. Jarak dengan bandar Teluk Intan adalah 17km. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Masjid Jame' al-Mansor, Sg. Lampam.
No comments:
Post a Comment