PENGUMUMAM TERKINI

MAKLUMAN TERKINI...PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2021 DIBUKA

Sunday, August 30, 2015

CERAMAH KEMERDEKAAN KALI KE-58 DAN BAHAYA TPPA


27 Ogos : Maahad Al-Islah telah mengadakan program ceramah bersempena hari kemerdekaan negara kali ke-58 tahun. Ceramah kali ini diadakan bagi memperingati jasa dan pengorbanan tokoh kemerdekaan. Pelajar Maahad Al-Islah telah diberikan pendedahan mengenai usaha yang dilalui oleh pejuang kemerdekaan masa lalu amat perit sekiranya dilalui semula oleh generasi sekarang. Oleh itu, ceramah mengenai bahaya TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement ) turut disampaikan untuk mengelak Malaysia daripada terus diberi tekanan oleh orang asing. TPPA merupakan diantara masalah yang memberikan kesan yang bahaya terhadap negara sekiranya ditandatangani.







Thursday, August 20, 2015

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-58





Sepanjang Ogos 2015, Maahad Al-Islah telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bersempena menyambut kemerdekaan negara kali ke-58 bertemakan Sehati Sejiwa di peringkat kokurikulum persatuan.

       
       Aktiviti yang diadakan setiap tahun itu, disertai oleh hampir seluruh pelajar Maahad Al-Islah bagi menyemarakkan lagi jiwa kemerdekaan dan cinta akan negara itu. Aktiviti ini disertai oleh  pelajar persatuan BM, BI, BA, Geo, Sej, Mat, Sains dan Badar.




Gambar Aktiviti

                           















Wednesday, August 12, 2015

UJIAN LISAN BAGI PEPERIKSAAN PT3 TINGKATAN 3




Rabu,12 Ogos : Seluruh pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Rakyat(SMAR) Maahad Al-Islah telah menjalani ujian lisan bagi Bahasa Inggeris (BI) yang telah ditetapkan pada 12 Ogos di dewan Ar Rujhan sekolah ini. Bagaimanapun, peperiksaan bagi kali pertama PT3 telahpun dilaksanakan pada 11 Ogos bagi ujian Lisan Bahasa Melayu(BM) di tempat yang sama. Ujian Lisan PT3 ini dihadiri oleh seluruh pelajar Ting.3 Maahad ini bagi tahun 2015.

Peperiksaan PT3 dijalankan secara serentak diseluruh negara termasuk SMAR Al-Islah yang mengikuti tarikh yang ditetapkan oleh kementerian pendidikan. Peperiksaan penuh bagi ujian bertulis pula bermula pada tarikh 12 Oktober ini.

Tuesday, August 11, 2015

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2015 & MESYUARAT AGONG PIBG KE-15

Pada 26 Julai 2015, SMA Maahad Al-Islah telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-15 pada hari yang sama. Mesyuarat Agong PIBG yang diadakan itu telah dihadiri seramai 70 orang itu bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi disambut dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan oleh pihak Maahad Al-Islah.

     Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan oleh pihak Maahad Al-Islah dihadiri seramai 350 orang yang terdiri daripada pihak Maahad,wakil PIBG, Ibu bapa Pelajar dan Pelajar Maahad tersebut. Jamuan Aidilfitri yang diadakan, dihiasi dengan suasana ceria disamping disediakan dengan juadah hari raya dan berakhir dalam jam 2 petang.


Mesyuarat PIBG &
wakil PIBG



 Jamuan Hari Raya






Penyampaian bantuan Anak Yatim &
Sumbangan duit raya kepada seluruh pelajar Maahad








        

PROGRAM IHYA RAMADAN 2015/1436 H

Sepanjang Ramadan tahun 2015, Maahad Al-Islah telah merancang pelbagai Program sempena menyambut bulan Ramadan demi mengimarahkan bulan yang penuh barakah melalui aktiviti keagamaan, antaranya:
  1. Iftar Jamaie Bersama Pelajar-Pelajar Maahad
  2. Solat Tarawih
  3. Majlis Khatam Al-Quran
  4. Program Ihya Ramadan


Iftar bersama pelajar-pelajar Maahad Al-Islah


Majlis Khatam Al-Quran


Solat Tarawih

Aktiviti-aktiviti seperti ini, sedikit sebanyak mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat sambil melakukan ibadat yang dituntut sepanjang bulan Ramadan dan aktiviti ini juga berupaya mengimarahkan masjid tidak seperti bulan-bulan lain disamping mengejar keredhaan Allah SWT.