Saturday, January 30, 2016

MAJLIS BANTUAN PERSEKOLAHAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2016

27 Jan- Maahad al Islah telah diberi penghormatan untuk mengendalikan Majlis Bantuan Persekolahan 2016 Peringkat Negeri Perak anjuran Yayasan Ikhlas & iGuru Perak pd 27 jan 2016 Rabu di Arena Iman Maahad Al Islah. Maahad al Islah adalah lokasi ke 4 & terakhir setelah 3 lokasi sebelum ni telah dilaksanakan dengan jayanya, iaitu :
1) SMK Kudat , Sabah
2) Kediaman Menteri Besar Kelantan, Kota Bharu
3) Dalat, Sarawak
Pengetua Maahad al Islah dalam ucapannya mngucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Yayasan Ikhlas. Seramai 130 pelajar miskin telah menerima bantuan dalam majlis tersebut yang terdiri daripada 8 sekolah menengah, 5 sekolah kebangsaan dan 2 maahad tahfiz.
Penyampaian juga turut disertai oleh wakil2 penyumbang dari Syarikat Elektrik Sheng Heng.






Wednesday, January 13, 2016

7 JANUARI 2016 SEMBANG SANTAI : ANTARA SEJARAH DAN PERJUANGAN | SATU PERKONGSIAN




PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TAHUN 2016

3 Januari- Maahad Al Islah telah mengadakan majlis taklimat bagi menerima kemasukan pelajar bahru bagi sesi 2016. Turut terlibat dalam memberi taklimat Cikgu Hazmi sebagai Pengerusi majlis, wakil PIBG En. Bakri dan Ustz Hj Hasan pengerusi Jemaah Pengurusan. Antara ringkasan pesanan yang disampaikan oleh En. Bakri ialah ibu bapa bertanggungjawab terhadap didikan anak walaupun anak mereka belajar di Maahad dan turut serta mendidik anak mereka untuk menjadi anak soleh. Selain itu, Menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam amanah yang diberikan termasuk menjelaskan bayaran komitmen anak terhadap sekolah. Beliau turut menyampaikan secara ringkas sejarah maahad ini.