Wednesday, January 13, 2016

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TAHUN 2016

3 Januari- Maahad Al Islah telah mengadakan majlis taklimat bagi menerima kemasukan pelajar bahru bagi sesi 2016. Turut terlibat dalam memberi taklimat Cikgu Hazmi sebagai Pengerusi majlis, wakil PIBG En. Bakri dan Ustz Hj Hasan pengerusi Jemaah Pengurusan. Antara ringkasan pesanan yang disampaikan oleh En. Bakri ialah ibu bapa bertanggungjawab terhadap didikan anak walaupun anak mereka belajar di Maahad dan turut serta mendidik anak mereka untuk menjadi anak soleh. Selain itu, Menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam amanah yang diberikan termasuk menjelaskan bayaran komitmen anak terhadap sekolah. Beliau turut menyampaikan secara ringkas sejarah maahad ini.




No comments:

Post a Comment