PENGUMUMAM TERKINI

MAKLUMAN TERKINI...PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2021 DIBUKA

Monday, April 25, 2016

EKSPO MAAHAD AL-ISLAH MENDAPAT LIPUTAN AKHBAR




Ekspo Maahad Al Islah berjaya dilaksanakan dengan mendapat sokongan daripada masyarakat. Dianggarkan kehadiran pengunjung ke ekspo maahad mencecah 4000 orang sepanjang 3 hari 2 malam iaitu bermula 15 hingga 17 april 2016. Pelbagai aktiviti untuk pelbagai lapisan masyarakat dan sesuai untuk seisi keluarga. Terdapat kira-kira 15 gerai dibuka yang menjual pelbagai jenis produk seperti makanan, pakaian dan kesihatan. Belon supa dupa dan bubble giant juga menambah tarikan pengunjung ke ekspo maahad khususnya kanak-kanak.
Objektif utama iaitu memasyarakatkan maahad Al-Islah dengan komuniti setempat dan menjadikan maahad al-islah sebagai sekolah menengah agama rakyat yang mesra lapisan masyarakat.

FORUM PERDANA ISLAM

15 april 2016- Perbincangan ‘Masyarakat Muslim Melayu : Sepakatkah Kita?’. Lokasi yang sama iaitu arena iman. Menampilkan 2 orang tokoh yang tidak asing lagi di negeri perak iaitu sohibus samahah Ustz zamri bin hashim, timbalan mufti kerajaan negeri perak dan sohibul fadhilah Ustz Harith Fadhilah bin Abd Halim, timbalan pengarah jabatan agama islam perak (JAIPK). Moderator atau perantara forum pula ialah Ustz Rosidi bin Shaari. Tajuk ini telah menarik perhatian ramai masyarakat dikala keperluan kesatuan muslim melayu, majlis dihadiri kira-kira 450 orang. Majlis ini dijayakan dengan kerjasama pusat khidmat masyarakat dun sugai manik dan TNB teluk intan. antara intipati : oleh Us. Zamri : pengaruh penjajahan kepada orang melayu. "Penjajah suka campakkan yang lemah kepada melayu bermula dengan sebutan nama melayu. bangsa melayu diprojekkan terpisah daripada islam. Bangsa bila dipisahkan daripada islam akan menjadi hina. Saidina omar menyebut allah muliakan kami dengan islam, generasi dahulu cuba melekatkan identiti islam seperti tulisaan jawi. jangan dilekang identiti melayu dengan islam. Jadilah bangsa ijabah, dakwah dan khilafah, bangsa kita akan mulia disisi allah."Ujar Beliau.


SUKANEKA RAKYAT

16 april 2016 ( sabtu ) bermula jam 3.00 petang. acara mewarna dan melukis untuk kategori kanak-kanak tadika dan sekolah rendah. Acara wanita dewasa ialah gubahan tuala dan sejadah manakala sukaneka keluarga juga turut diadakan. Acara ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat sekeliling dengan penyertaan mewarna dan melukis dengan hampir 100 orang kanak-kanak.



PERTUNJUKAN MOTORCROSS

Pada pagi ahad 17 april 2016 kira-kia jam 11.00 pagi. persembahan aksi lasak dari gabungan kelab motor lasak negeri perak yang diketuai oleh En zainal Abidin bin Saini. kumpulan ini juga turut disertai oleh 35 orang ahli motorcross yang datang dari wakil-wakil daerah negeri perak.




MALAM MUZIKAL ISLAM

Malam Muzikal Islam berlangsung dengan meriahnya pada malam 16 april 2016 (sabtu). Menampilkan beberapa orang artis seperti mawi yang pertama kali sampai di bumi sungai manik ini. Amar dengan gimik silap matanya, kumpulan nasyid baharu D’banna yang terditi daripada empat orang anak muda dan juga persembahan nasyid putera maahad al-islah. Majlis bermula pada pukul 9.30 hingga 12 malam. berjaya menarik penonton yang dianggar hadir pada malam tersebut kira-kira 2000 orang. Beberapa lagu favourite telah didendangkan oleh mawi seperti kian, sahabat dan seroja.







MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & SAHSIAH

16 april 2016 -Bermula jam 11 pagi di arena Iman. Dihadiri oleh ibu bapa yang juga mengambil ruang untuk berbincang tentang prestasi anak masing-masing di samping masyarakat kampung dan tetamu-tetamu jemputan. Anggaran kehadiran kira-kira 900 orang. Lebih meriah lagi, seekor lembu telah ditumbangkan untuk jamuan makan tengah hari dengan masakan 4 kawah gulai kari dan 3 kawah masak kicap yang berkonsepkan rewang ( gotong-royong ) dan dihidangkan secara kampung. Istimewanya juga, tetamu khas tahun ini adalah anak jati sungai lampam yang berjaya dalam kerjaya sehingga menjawat jawatan tinggi diperingkat kementerian iaitu datuk seri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof, ketua pengarah, unit penyelarasan pelaksanaan ( icu ), jabatan perdana menteri, putrajaya. Majlis juga diserikan dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti pdrm teluk intan ( bahagian awam, narkotik & jenayah ), jabatan kesihatan teluk intan ( bahagian pameran ), giat mara teluk intan, agensi anti dadah kebangsaan ( aadk ) teluk intan, tnb teluk intan, unit transfusi & tabung darah hospital tapah dan jabatan penjara tapah. tidak ketinggalan juga science corner oleh pelajar-pelajar maahad al-islah yang menampilkan 20 eksperimen berkonsepkan sains. Selain itu, majlis diiringi dengan persembahan bacaan berzanji, nasyid dan choral speaking oleh pelajar-pelajar. seramai 40 orang telah menerima anugerah untuk tahun ini. Maahad Al-Islah juga memberi anugerah komuniti prihatin kepada 5 individu yang banyak menyumbang dan membantu di dalam pembangunan Maahad Al-Islah.






Thursday, April 14, 2016

KEMPEN JOM MEMBACA

Kempen Jom Membaca Peringkat Maahad al Islah

7 April- Dirasmikan oleh Pengetua Maahad al Islah, Tn. Hj. Agus Lokman bin Sulam dan
dibawah kendalian oleh Ketua  Panitia Bahasa Tn Hj Alias. Objektif Kempen ini ialah utk memupuk semangat membaca di kalangan pelajar, di smping dapat menambahkan pengetahuan & maklumat.
Pelajar2 diagih2kan mengikut kumpulan di bawah seliaan seorang guru pembimbing sepanjang aktiviti tsb. Respon di kalangan pelajar2 juga positif & merasa seronok dgn kempen ini.