Warga Maahad al Islah mengucapkan syukur dengan kedatangan Bulan Ramadhan al Mubarak.Beberapa Program telah disusun kepada pelajar Demi memastikan Ramadhan tidak disia-siakan.
1) Iftar Jamaie
Iftar berjemaah diadakan setiap Kali berbuka. Sebahagian pelajar putera Iftar bersama ahli Qariah sementara pelajar puteri Iftar d Dewan Makan. Alhamdlh sumbangan Iftar oleh msyarakt datang mncurah2 sehinggakan tergambar keriangan di wajah anak2 didik ini bila tiba waktu Iftar.
2) Solat Terawih berjemaah
Pelajar putera menunaikan solat Terawih d masjid al mansor bersma ahli Qariah Sungai Lampam.Lebih membanggakan Imam Solat Terawih diimamkan oleh pelajar Tingkatan 5 Maahad al Islah iaitu Saudara Naqiuddin. Beliau mempunyai bacaan Yang amat fasih & suara Yang merdu.Beliau mampu melaksanakan dengan baik wslaupun solat Terawih dilakukan dengan 20 rakaat.Sementara itu pelajar puteri solat Terawih d Surau az Zarqa'.
3) Tadarrus al Quran
Tadarus al Quran pula dilaksanakan setiap pagi pada awal sesi persekolahan & malam selepas solat Terawih.Tadarrus ini dipantau oleh warden Yang bertugas.Kemuncaknya pada 25 Jun 2016 akan diadakan Majlis Khatam al Quran peringkat Maahad al Islah.
4) Kuiz Ramadhan
Setiap Kali Bulan Ramadhan pelajar akan diberikan soalan-soalan Yang berkaitan ibadah puasa & sejarah Islam.pelajar Yang berjaya menjawab akan diberikan hadiah d Majlis Khatam al Quran.
5) Iktikaf & Qiamullail
Pelajar juga digalakkan untuk beriktikaf & berqiamullai pada Setiap hari di Bulan Ramadhan.
6) Tazkirah Nuzul Quran
Sesi Tazkirah juga telah diadakan sempena Bulan Ramadhan yang berkat ini. Tazkirah ni disampaikan oleh Ustz Syukri b Abu Semah.
7) Program agihan Bubur Lambok
Bulan Ramadhan dimeriahkan lagi dgn Agihan Bubur Lambok kpd msyrkt sekitar. Sebanyak 300 bungkusan telah diagihkan. Program ini telah mendapat sambutan yg menggalakkan.
8) I'tikaf & Solat Dhuha
Manafaatkan sabtu cuti hujung minggu,pelajsr putera telah beriktikaf d Masjid di Mansor Sg Lampam.
No comments:
Post a Comment